Salah satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya dianggarkan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama “Jenderal Sherman”, dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi, tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya.
Pada tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter padu. Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.
James Wolverton seorang Leftenan pada pasukan askar berkuda Indiana ke-9 di bawah pimpinan Sherman menamakan pokok ini dengan nama ketuanya pada tahun 1879. Pohon ini sebenarnya sudah dianugerahi gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya.
Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap tahun. Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, 18 meter di atas tanah adalah 5,3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4,3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.
Yang menarik, dahan terbesarnya patah pada tahun 2006. Bentuknya seperti huruf “L” menghunjam kira-kira satu perempat ketinggian pokok. Dahan ini mempunyai diameter 2 meter dengan panjang 30 meter dan menghancurkan pagar yang di bina di sekelilingnya. Pokok ini masih menjadi makhluk hidup terbesar di muka bumi yang masih hidup.